Hai! Selamat Datang ke Laman Web Ejen Hartanah Kuantan

Bagaimana boleh kami bantu anda hari ini?

Tentang Kami

Legacy Real Property Sdn Bhd (1342671-P) adalah sebuah agensi hartanah yang berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah dan Pengurus Harta (LPPEH). Semua konsultasi yang dijalankan oleh ejen hartanah kami termasuk ejen hartanah Kuantan perlu mengikut standard yang telah ditentukan oleh LPPEH.

Perkhidmatan Kami

Sebagai sebuah Agensi Hartanah berdaftar yang dipantau oleh Lembaga Penilai Pentaksir, Ejen Hartanah dan Pengurus Harta (LPPEH), semua konsultasi yang dijalankan oleh ejen hartanah kami perlu mengikut standard yang telah ditentukan oleh LPPEH. Antara perkhidmatan yang kami tawarkan adalah:

Informasi Harga Pasaran Semasa Hartanah

Kami menyediakan khidmat semakan terhadap harga pasaran semasa hartanah di Kuantan dan di seluruh Malaysia. Harga pasaran semasa ini akan dapat menentukan anggaran jumlah pembiayaan hartanah yang bakal diluluskan.

Pemasaran Hartanah Bersepadu

Kami menggunakan konsep pemasaran hartanah secara bersepadu iaitu pemasaran secara offline dan online termasuk pemasangan banner/iklan di premis hartanah, pengiklanan menggunakan platform online seperti di Mudah, Facebook, Property Guru dan lain-lain lagi.

Jaringan Rangkaian Banker dan Lawyer Berpengalaman

Kami mempunyai jaringan rangkaian dan hubungan kerjasama dengan peguam hartanah dan pegawai bank bagi memudahkan urusan yang terlibat di dalam proses transaksi hartanah seperti pemohonan pembiayaan, pertukaran hakmilik dan sebagainya.

Perunding Kami

Edy Syahrul bin Omar (REN40069) merupakan salah seorang ejen hartanah kami di Kuantan. Beliau telah berkecimpung di dalam bidang hartanah sejak tahun 2012 menerusi hartanah lelong. Misi beliau adalah untuk membantu lebih ramai warga Kuantan untuk memiliki rumah serta mengelakkan warga Kuantan daripada ditipu oleh ejen hartanah yang tidak berdaftar.

Perlu bantuan? Hubungi kami.

You cannot copy content of this page